Tuesday, May 26, 2026

Doa2 Sempena Hari Arafah Tahun2026 Ini

Salam Nora binti Ismail,
Salam Hari Arafah. Asar nnt sehinnga tgh mlm ni adalah waktu arafah utk negara malaysia dan sewaktu dgnnya. Jadi digalakkan utk tamak dalam berdoa pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Why not kan doa byk sebyk byk nye dekat Allah kan. 

And so, my doa list antaranya seperti di bawah hehehe:-

1. Ya Allah, semoga aku bebas hutang bank secepatnya dan x akan dah terikat dgn apa2 hutang dgn apa2 bank dah sehingga maut menjemputku. Free free freedom from bank yezzaa, can’t wait so harap sgt boleh kan ya Allah.

2. Ya Allah, semoga aku x pernah ada issue dgn cashflow at all dan semoga rezeki duit teramatlah lancar dan teramatlah cukup sepanjang hayatku di muka bumiMu ini ya Allah, supaya boleh bayar hutang mama one-off (termasuk bahagian siblings yang lain2) dan kemudian boleh mampu jaga diri berserta anak2 bulus tanpa susahkan orang sekitar at all.

3. Ya Allah, mohon berikanlah hidayahMu sentiasa utk jiwa ini suka dan rajin bersedekah dgn tulus ikhlas pada makhluk2Mu yg memerlukan.

4. Ya Allah, mohon berikanlah petunjukMu sentiasa utk hati dan fikiran ini supaya memilih ke arah jalan2 kebaikan dan jalan2 perlindunganMu shj.

5. Ya Allah, izinkanlah aku dipertemukan dan dicintai oleh jodoh a.k.a soulmate yg so greenflag, green forest, patuh syariah dan ofc good looking plus tinggi.

6. Ya Allah, mohon tutupkanlah hatiku pada soal jodoh dan alam perkahwinan selagi aku diri sendiri masih x mampu dan x bersedia utk menempuhinya supaya aku tidak menzalimi hambaMu yg lain2 (soulmate berserta his circles) itu. 

7. Ya Allah, mohon izinMu dan kuasaMu untuk gerakkan kerajinanku dan usaha2ku dalam meng- improvekan lifestyle hidupku ini setiap hari supaya menjadi lebih pengemas, lebih pembersih, lebih fit, lebih sporty, lebih positif yet berhati2 dgn keadaan, lebih bermanfaat, lebih sayangi diri dan lebih hargai diri. 

8. Ya Allah, semoga berat badanku dapat +-55kg dengan fitness yang mantap secara konsistent sehingga matiku. 

9. Ya Allah, aku berdoa sgt2 agar dpt belanja pakej umrah yg selesa pada abah dan mama selagi mereka masih dalam keadaan sihat tubuh badan dan fit. Dan juga aku berdoa agar sepanjang kami di tanah haram sana, segala urusan hidupku di rumah seremban malaysia tidak akan susahkan sesiapa dan aku mampu byr service penjagaan rumah beserta anak2 bulus tanpa menyinggung perasaan sesiapa. 

10. Ya Allah, tolonglah selalu letaklah aku dalam circle yg baik2 hatinya dan fikirannya.

11. Ya Allah, aku mahu orang2 sentiasa melihat wajahku sentiasa bercahaya dan rasa senang bila berurusan dgnku. 
12. Ya Allah, aku mahu selalu senyum (tanda amalan sedekah niat keranaMu) dan juga mahu selalu rasa tawakal jua berserah padaMu 24/7 ya Allah, ketika dalam keadaan sedang diuji dan juga dalam keadaan senang hati.

13. Ya Allah, mohon sgt sgt agar aku sentiasa dalam ampunanMu ya Allah, aminn aminn aminn. 

14. Ya Allah, mohon select-lah aku utk menjadi antara hambaMu yg rajin selawat, berzikir dan astaga dengan hati yg tulus niat keranaMu.

15. Ya Allah, mohon select-lah diri ini dan my circles (terutama abah dan mama) utk dpt mati dlm husnul khotimah dan dpt happy ending ever after di alam2 seterusnya sehingga sgt sgt senang dpt masuk ke dlm syurgaMu.

Aminn aminn aminn ya Allah hehehe. Nanti akan ratib semua nih bila waktunya. Allah Maha Baik. Sayang Allah dan Rasulullah SAW.

Monday, May 25, 2026

Period 19 May

Dear diri,

Today 25 May sudah. Esok plan to mandi wajib, hope dah x de apa2 period esok. This month punya period started on 19 May ago, which mean makin berganjak makin awal drpd kebiasaan 25 Dec 2025 (christmast day) dan seangkatan bulan2 similar seperti jan 2026, feb 2026 dan march 2026. And in April, dah mula penampakan ganjakan period itu makin awal tariknya iaitu on 20 April and now bulan ni was 19 May. 

Rasanya faktor besar perubahan ni atas faktor:

1. Practising too hard di s2 city park (utk marathon 10km event klcc dated 26 April, but actualy 12km sbnrnya distance nye wei kene scam dgn organizer!).

2. Sakit lutut kiri very painful for weeks.

3. Then tambah pula sakit kedua2 betis kaki for a week time sebab berjalan tangga dari level 43 ke level C di menara sapura pada hari isnin 11 May. Memang sangat sakit ye, very much in pain.

4. Pengaruh ubat2, this time around penuh disiplin makan ubat jadi emosi x terlalu spike up or spike down macam kebiasaan dulu2. Jadi most likely hormon getting stabilized alligning w nature, and this made period hormon pun been affected within the process ke kan. 

5. Diet ke laut hahaha. Makan tetap makan expecially this time around byk mkn manis lebih, sebab just craving and wanted to so badly. Lagipun mmg planning to makan extra including minum air jus delima sbb mau derma darah juga. Alhamdulillah lepas test utk derma darah dan managed to derma kat aeon s2 on 2 May rituh. Terima kasih ya Allah. 

So it s ok diri. Makin berganjak awal ke pun rasanya x issue pun ye. Keep on tracking period supaya kita boleh lebih kenal pattern diri dgn lebih baik supaya lebih hargai/sayangi diri, lebih bersyukur dan menjadi org yg bermanfaat. 

Rajinkan selawat tau diri dan zikir. Allah Maha Penyayang dan Pemaaf tau. Keep faith ok.

Monday, April 20, 2026

Period 20April

Salam diri,

Slmt malam.

Good evening.

Saje mau tracking period, yelah tiba2 period 1st day bulan ni April starting was azan zohor tadi. Unexpected tau, sbb past tracking as below:

Dec 2025 : 25hb - Christmast Day
Jan 2026 : 25hb
Feb 2026 : 24hb - Time Early Ramadhan
March 2026 : 25hb - Time Early Syawal
April 2026 : 20hb - Awal drpd kebiasaan pattern

Alhamdulillah alhamdulillah today got this period, supaya nnt ahad 26April boleh all out run 10km event kan. Alhamdulillah alhamdulillah.

Cuma tulah, sepetangan tadi ngap2 food yg x sihat aje haahaha astaga macam mana ni hahaha aduhai diri diri, pla jg makan dan jaga diet juga ye. Badan perlu fit dan sihat supaya possibility utk run+jalan laju cepat2 masa 10km nnt akan tinggi, inshaAllah. And so perlu ye kurang ambilan gula seminggu ni ye waimah pun period craving nafsu memujuk. Cuba to fight ok!

Stay hydrated dengan air kosong byk2 dan eat clean mcm kebiasaan. Kek tiramisu-for-two from CBTL tuh boleh makan sekali prior run event sbb itu pengecualian! Hahahaah. Next week after run 29April afternoon akan pula tapau kek SR sbb ada diskaun! Wow! Cant wait. And so utk these 2 cakes boleh makan dan termasuk dlm diet planning hehehe, but other junk food + gula sana-sini kene cuba dan cuba elakkan/kurangkan/abaikan ok.

Ok diri, stay selawat dan zikir ye. Selalu ckp “malas nak layan” dan “ada aku kisah” pada semua stress yg mendatang. Biasakan ratib statement2 tuh ye diri sebagai ikhtiar pendinding drpd stress hehehe. We got this, Allah ada. Allah Maha Baik, selalu talk to Him ya diri. 

Wednesday, April 8, 2026

Alhamdulillah Tak Perlu Travel

Salam nora,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah 10x.

Terima kasih ya Allah sbb x perlu travel dah ke Bintulu! Yeayyyy! X perlu jaga project Bintulu dah, Alhamdulillah. Berita yang sgt syukur tadi pagi setelah bosses said so gituh. So it means rasanya akan stay aje central region utk support dept. dan company. Alhamdulillah suka suka sgt. 

Walaupun pagi tadi juga sgt sedih sbb gagal derma darah kali -3 kat HTJ. First time cubaan masa W3 march rituh then gagal. Pastu cubaan kedua last week tapi also gagal. Dan today cubaan ketiga juga gagal. Darah hb masih x capai bacaan 12+. X apelah, kene ucap Alhamdulillah juga dlm hati ni walaupun sedih dan upset hati ni pada masa sama. Yelah, gagal utk comply kata2 pegawai psy HTJ masa 12March riruh. She said my buku darah dan my status as penderma darah dah x valid dlm psy system sbb dah lama x ada latest tracking in the book. Oh no, that statement mmg hurtful ya into my deepest core. Since 12March rituh till today pagi mmg cuba dan cuba utk usaha tapi tulah result semua tuh solely atas Allah punya izin. Allah x izinkan lagi mungkin sbb darah yg ada hanya utk fokus pada diri dahulu. Ok nora, x moh dah sedih2 sgt dah. 

Refocus to other blessings, macam x perlu travel dah atas nama kerja, yeayyy! Doa2 relevent throughout this year 2026, supaya i can spend most of times w my anak2 bulus and my circles and my personal planning. InshaAllah InshaAllah, ya Allah izinkan la ek ek plishhhh heheheheh x moh jaga projek jauh2 dan x moh kerja yg x clear dan unnecessary stress. Minx jauh2 lah ye circle or loop yg not helpful dan toxic, aminn aminn. Mau relax relax yet rasa berkat tuh ada, boleh kan ya Allah hehehehehe aminn aminn. 


Sayang Allah dan sayang Rasulullah. Happy2 , feeling blessed, terima kasih ya Allah. Legaaaaa rasaaa, lega x perlu travel jauh2 dan outstation jauh2/lama2. Rupanya, turning out, nora mmg x suka keadaan kerja sebegituh ye. Keadaan berjauhan dgn rumah. Memang rasa membencikan kan. Doa2 dah x perlu dah berjauhan dari rumah, aminn aminn. 

Nanti bila dah jumpa soulmate then nikah, hopefully he the suami redakan my current lifestyle dan rumah di S2 sini. Nora pasti x akan move out dan follow dia kan kan, hahahaah so yeah doa doa gituh kejadiannye. But if lebih baik x berjodoh di dunia (sebab diri ini x akan turunkan ego dan x akan toleransi utk keluar dari S2 atas nama perlu wajib ikut suami), inshaAllah jiwa ini akan totally 3R (ready ready redah) menjadi single andartu sehingga meninggal dunia. Nnt kat alam sana, boleh kan dpt soulmate yg helokk kejadiannya, inshaAllah. Kan ya Allah, huhu. 

Xape nora, keep delulu ya dan keep doa yg baik2 tau. Pastu jgn lupa selawat byk2 tau. Kene selalu ingat kebaikan Rasulullah dan para keluarga/sahabat baginda sbb mereka Islam sampai kat nora binti ismail tau. Ok nora, we got this as always ya. Love diri selalu ok.

Sunday, April 5, 2026

Semangat Diri

Salam nora,
Today ahad, so sudah done:-
1- headstand practise (semalam sabtu did it)
2- sahur utk puasa ganti dan sunat syawal dan sunat daud today
3- mixed of walking & running practise utk 6km selama 1jam10min tadi subuh
4- unboxing parcels (got kasut running baru heheh)
5- managed to buat puzzle meow sket 

Semua done w tenaga yg ada, alhamdulillah tapi semangat diri ketika waktu doing it tuh makin cepat pudar vs. time.
Tak tahu sebab apo nth gituh, adakah asbab adhd attack or mixed w low mood bipolar attack or faktor puasa? Entahlah diri, rn pun rasa low mood wei. Semangat diri makin pudar ni walaweii, ya Allah help me pleashhhh. Tadi masa running subuh tadi rasa la smngt tuh dtg extra tapi x lama, so mcm mau do it again this ptg. Tp mengenangkan semangat diri rn amatlah x welcoming apa2 aktiviti luar utk dilakukan, jadi, perlu listen la kot to the body and rn punya semangat diri. Plus, malas mau mandi lagi nnt if bersenam kejap lagi. Tadi dah mandi dah pagi jadi malas mahu mandi lagi. It was hard for me yang perlu adjust dan take time utk transition from kering to wet condition ye utk the whole body. Im autistic dan my spectrum trait is one of it adalah ini ye. So mmg amatlah malas mahu mandi byk kali, dan most likely x akan mandi if proceed juga running walking jplg hahahah weii busyukkkkkkkkk tapi hidung guee x boleh bau pun plus my fury cats x kisah pun my odor heheheh. 

Wtv, still no no utk ke s2 city park this ptg. X jadi per planning. Disregard, ada aku kisah hahaha. InshaAllah, Allah akan mudahkan running 10km event nnt 26April; with or w/o hard training. Allah Maha Baik dowh, dan Allah Maha Pemberi Rahmat dan sgt sgt sgt Maha Penyayang. So my strategy is to ‘bodek’ Allah dgn lebih byk astaghfirullahalazim byk byk and then alhamdulillah juga byk2. Also selawat byk2. Doa2 semoga semua urusan ku terutamanya pemulihan semangat diri utk sehari-hari ni lebih membaik dan menguat atas izin Allah, aminnn aminnn. 

Doa2 juga agar bakal suamiku a.k.a soulmate ku, ada semangat diri dan hidup yg lebih kuat drpd ku huhu. Boleh nnt mau tumpang semngat hihihi. Selain tu, he fells first and then fells harder ahaks! Pastu, tinggi dan helok kejadian physical nya weeeeeeweeeee. EQ dan IQ stable, ilmu agama not bad. Pencinta cats and dogs. Penyedekah tapi byk savings utk family. Yg penting, dia sifat memgejar diri ini dan smart utk ‘tangkap’ dan ‘trap’ nora binti ismail ini sbb diri ini mmg suka dan genius dlm melarikan diri ye. 

Seronok kan delulu ni, betullah delulu is the solulu. Stay delulu aje deh nora, it s ok, all s well.

Thursday, March 26, 2026

26hb

Salam diri sendiri,
Today 26hb March khamis. Semalam 25hb rabu was period day. Today the second day period pain, tapi x lah seteruk semalam. Oleh sbb itu, today x wio heheheh tapi standby aje kat MT and email if any, kira2 mcm wfh. 
Mengenangkan tarikh 26hb, bulan depan 26hb April Sunday will be my 10km event berlari ye. Oh no!
 
Yelah, period history dan next projection would be tipis2 nyawa ye hahahahaah. Bayangkan if Allah jadikan period first day in next April 2026 nnt would be 25hb or 26hb, oh wow! Hahahahaha tacoddd but excited do-oh! Hopefully doa2 agar Allah bagi period utk next month adalah 24 April 2026 hehehehe aminnn aminnn:-

Dec 2025 : 25hb - Christmast Day
Jan 2026 : 25hb
Feb 2026 : 24hb - Time Early Ramadhan
March 2026 : 25hb - Time Early Syawal
April 2026 : ?? - Time Dekat2 10km Running Event

Tacoddsszz, but still looking forward to that event. Why not kat if tarikh first period pain nnt by 25 April 2026 akan juga diri ini akan berlari ye 10km. Sebab kenapa? Sebab boleh, dan sebab diri ini pasti x akan give up, also sebab dah byr mahal2 maaaa hahahaha. So mesti kene ada Return On Investment (ROI) maaa baru ada untung. 

And so, wtv will be happening nnt bulan april within W4, just 3R aje deh ye diri. Ada sebulan utk persiapkan fizikan dan mindset 3R (ready, redha dan redah aje). 

We got this, Allah sentiasa ada tau jadi keep talking to Allah dan zikir. Selawat also jgn lekang ye dari bibir dan jiwa kita. Love us. Self-love tau nora.

Sunday, March 22, 2026

11Feb & 22March

Dear Nora,

Salam syawal 1447 Hijrah. Hari ni hari raya ke-2. Ingatkan pool kat s2 dah buka mcm kat sendayan club house (semalam pergi ptg2 utk tgk tpt izaa part time work heheeh, pergi dgn akk dan keluarga kecik kak ami). Tapi rupanya apa yg dikhabarkan di online google tuh x update ye, rupanya today masih tutup itu pool s2. Argghhhh geramm nyewww! Gerammm gerammmmm, sejibik macam kejadian pada 11 feb rituh. Dah semangat waja with baju renang, tup tup sampai sana pool tutup sbb tgh maintenance laaahaaanaaat sungguh aaa. Update la wei korang punya website google tuh, ini idok! Scammer do-owh! 

Memang tgh marah gler hati ini. Alhamdulillah Allah bg petunjuk dan izinkan utk lepaskan amarah tuh dgn buat headtand exercises. Walaupun x lah lama, tapi at least buat kan nora. At least keluar peluh. We proud of you nora, we proud of us. Yezzzaaaa kita ni like a queen of substitution, meaning, x dpt yg ini akan diusahakan yg lain. Dah nama kene selalu ikhtiar dgn cara yg halal dan kene selalu x give up kan, bak kata agama so kene buat ok nora! 

As always, we got this life, walaupun in feb 2026 dan in march 2026 x langsung swimming arghhhh. Sedihhh arghhhhh! X ada productive result utk topic swimming ni! Sedihhh!!!!! Gerammmm!!! Tapi still kene ucapkan Alhamdulillah sbb kene yakin pasti ini semua protection from God. Blessings in disguise, bak org putih cakap.

But looking at technical pov, yelah asbab:

ramadhan while went to kuantan, 

then raya syawal,

then period soon within w4 of the March inshaAllah. 

Jadi mengikut turutan tuh semua dgn tambahan kejadian 11 feb dan 22 march by pool management itself, mmg itu suratan takdir yg perlu akur ajaa ye nora. Mmg x ada rezeki utk swimming apa2 di bulan feb dan march 2026.

Tapi x ape, kita akan terus cuba, doa dan usahakan at least 2x in april 2026 to swimm. We c nnt how ye nora. Doa byk2 dgn jgn putus ikatan dgn swimming tau. 

Plus, selain itu, kene byk byk byk usahakan utk selesakan kaki w ‘kesengseraan’ running for 10km. Yezzzaa, 10km mat! 26 April 26 (cantik kan tarikh dia kan heheheh) nnt kat klcc got running event. Kita dah ter-daftr lerr hahahaha hahahahahahahahah hahahahahahahh so nak x nak, kene practise kaki berjalan laju and/or jog or run utk 10km selama 2 jam SAHAJA ye! 2 JAM ARGHHHHHHHH THE COT IS 2 hours only, apakah. Xpelah, kene ready redha dan redah aje deh nora. 

Selawat selalu dan zikir juga tau daily.

Talk to Allah ok, Allah Maha Baik tau.

Syg nora, love us.

Monday, March 16, 2026

Re-Taking Ritalin 10mg

Salam diri,

Slmt tghr. Kita re-taking balik ek ritalin 10mg utk today. Tadi sahur makan sebijik. So how was it? Best kan the feeling sbb dpt jadi productive w good mood. Waalupun x lama the effect tuh bertahan (now tghr dah x rasa best mcm awal pg tadi), tapi alhamdulillah. Serius rasa alhamdulillah sgt2 sbb emosi masih steady dan we show up! 

Heehe ofc la show up sbb henry dah settle drpd bengkel. Walaupun leaking from gearbox henry tuh masih dlm misteri, tapi kenapa lahai masih struggle mau initiate gear 1 lahaii wei hok alah! Nnt akan complain to babah dan mechanic muhammad. Bukan x syukur, tapi x healthy sbb terpaksa guna gear 2 bila gear 1 x dpt masuk locking. Doa2 la nnt lepas raya nnt akan hntr ke bengkel encik muhammad lagi utk issue gear 1 ni. 

Tapi apa2 pun alhamdulillah sbb that guy and his team are trusted and helpful ppl. Alhamdulillah Allah bagi circle yg baik2 utk kita dan keluarga Ismail. 

Dan alhamdulillah sgt2 ada ritalin 10mg ni, masih ada dlm simpanan. Jadi my thinking was to consume it throughout this week. Reason? Sajeeee, why not. Boleh kurangkan sket rasa ‘bising’ in mind ni. The effect is real though, thank you tau Allah izinkan. 

Heheeh sayang Allah dan Rasulullah.

Doa2 Allah izinkan juga urusan duniaku dan akhiratku ni sentiasa dipermudahkan, diberkati dan bebas dgn hutang riba. Aminn aminn. 

Ya Allah, hutang cc cimb ku almost akan cecah rm35k w high % riba. Sedih ya Allah tapi kelalaian tuh semua atas diri ku ni. Maaf tau ya Allah, maaf maaf maaf. 

Maaf maaf ya Allah, minx maaf ya Allah. Aku masih fikir mcm mn mau keluar drpd hutang2 ni dan drpd system riba. Ya Allah tolonglah aku ye ya Allah dlm perihal ni, sbb aku amatlah perlukan petunjuk dan kasih sygMu dlm menyelesaikan hal hutan ni. 

Selain hutang cc, ada hutang lagi dgn mama. Haaaaaaa teruknya finan-sial dan money management sayaaaaaa, pls ya Allah tolong ek hambaMu ini. Sesungguh aku amat perlukan pertolonganMu utk segala hal.

It s ok nora, we got this ok. Selawat byk2 then astaghfirullah byk2, ok? Love you always, diri sendiri. Self love ye sesama kita.

Sunday, March 8, 2026

NS Happy Paws (NSHP)

Dear nora, 

Salam ahad. Feeling much better and sunshine kan rn. Alhamdulillah. 

Last weekend ahad x rasa sebeginih chillax, myb asbab PMS dan juga bipolar low phase attack serta sakit perut, also muntah besar secara tiba2 during nightime 20Feb rituh. Jadi disebabkan those keadaan, mmg mood x ok lerr from 20Feb till 5March. But still got few days in between tuh still Allah ada bagi hari yang good mood and sunshine, alhamdulillah. 

Tapi most of the days were having low mood/ anger so high/ ammoying w everything/ and any unhelpful sifat. Within period duration from 24 Feb, as well after dah habis period (dah mandi W dah on 3 March, so total kene ganti puasa nnt adalah 7 hari) amatlah menggelegak ye hati bara dalam jiwa ni. Asyik mahu tumbuk orang, hina orang, being sarcastic, annoying tahap extreme dll perasaan yg negatively unhelpful. 

Perasaan tuh still ada ketika mau bergerak dr s2 ke Taylor Uni, dan juga ketika berada di sana untuk persidangan natinal about AWA (Animal Welfare Association) on 28 Feb national event. Rasa diri ini terpaling syg dan kasih pada animals so rasa sgt jijik dgn diri sendiri pada ketika itu. Walaupun perasaan tuh kuat ketika itu, niat asal wanted to join and support that national event (semua negeri ada wakil except perlis, kelantan, terengganu x ade wakil pada ketika itu) adalah utk support my own NGO body which is NSHP (No Stray, Happy Paws).

This NSHP ni for me, as of today, rasaanya not bad kan nora. The founders (Mrs Sharon dan Uncle Jude) are good people. Jadi, love them. Hopefully mereka dpt hidayah Allah kan, amiinn amiinn. Tapi apa2 pun, hidayah Allah itu hak mutlak Allah shj, and so everyone incunding kita nora at His mercy 24/7 tau, jgn lupa tuh ye nora. Stay humbled tau or else, mmg kene sepak dan tumbuk aaa nnt dgn diri sendiri hahahahaha.

So back to NSHP, below adalah summary list about my perkenalaln then involvement w them since Year 2024:-


2024

16April2024:Waktu tuh hujan sgt lebat and then there was a baby black tgh berteduh under pokok depan rumah s2 1108. And nora asked her utk mari stay together under the same roof of 110&, and pujuk punya pujuk, jadi alhamdulillah dpt her trust utk jaga dia bersama2 yg lain. Nora named her sebagai Blacky.

28July2024: Bonnie tiba2 bleeding kat hidung dan looked dying sick. Then had calling for a home vet service to come over rumah sewa 1108 s2 ni.

29July2024: Had to bring Bonnie ke vet clinick w bantuan kereta by Mrs Sharon. She helped me w good vibe ketika itu, walaupun she demanded nothing in return. Bonnie was healing and getting better, alhamdulillah.


2025

9May2025: Joined perhimpunan aman, dekat are Pejabat MB Negeri Sembilan, w many kinds of NGOs.

17,18June2025: Blacky diracun teruk, then decided utk hntr vet for treatment. Then at early am tuh, got a call from the vet yg Blacky dah pulang ke sisi Allah. 

5Sept2025: Helped around (sebagai admin) utk majlis opening utk shelter NSHP di Lenggeng, N9. 

17Nov2025: Joined operasi tangkap dan jaga strays di Rembau, N9 altogether w Maajlis Rembau. Had learned and became a darter pada hari itu. 

6Dec2025: (Same w 17Nov2025).


2026

28Feb2026: Joined AWA national event at Taylor Uni.

….

….

(Looking forward utk nora tolong2 di Lenggeng in April2026 or in May2026, in sha Allah. Yoshhh!)


So yess, what a well done kan nora! After tracking the history utk hobi ni, rasa berguna sket rupanya diri ini kan. Alhamdulillah alhamdulillah. We are not a totally loser tau, cuma sometimes a bad example shj HAHAHAHAH. But still, bad exmple is still a helpful action tho, ahaks! HEHEHEEH. Wtv it is, keep talking to Allah for His guidance dan selawat selalu deh. Even x byk tapi buat tau. 

Sayang nora, we love us.







Saturday, March 7, 2026

GSC in Kuantan

Salam nora,

Salam asar. Tapi x solat asar lagi hehehe okok jplg kene solat asar then tunggu azan maghrb utk solat mghrb siap2 kemudian buka puasa. Yeayy today buka puasa kat 181, syeeeyonokkknyewww alhamdulillah, food semua nmpk sedap nyum2. 

Semalam buka puasa dekat kuantan, wow class ko nora! Haahah. Semalam buka puasa dengan norafadila (ila) kat East Coast Mall (ECM) kuantan punya GSC cinema. Original plan was mau makan kat nandos tapi rupanya dah fully booked. Secret recipee pun dah fully booked walhal waktu tuh baru pukul 6pm+. Ini ilmu baru ye, perlu do advance booking if mau makan buka puasa kat mana2 kedai makan di mana2 mall.

Kecuali cinema, x perlu booking. Seperti semalam, alhamdulillah heheheheh dpt tgk cerita best dgn ila iaitu Blades of the Glades. X ada plan tau wei utk tgk that movie by 6.40pm semalam then buka puasa inside cinema with ila. What a happy memory tau! Alhamdulillah Alhamdulillah, seronok seronok, terima kasih Allah. 

Then g shopping inner airism utk oya dan juga ila di uniclo. Sajeee mau test that kind of baju material. Ramai org claim, best best. So kita ni FOMO orangnya, jadi kene join it and self experience la kan, so then barulah boleh ada pendapat kan! Hopefully ila was happy juga w it, whenever she akan pakai during any event nnt (nikah, daily, etc).

Ke kuantan semalam pun kerana kes ila punya personal life. Mmg ada niat to be there, untuk hanging out dan adakan deep conversation together dari awal mlm 9pm+ (after tgk movie Blades tuh) hingga ke lewat malam 2am++. 

Doa2 ada keberkatan semalam punya sesi heart to heart w ila, dan doa2 juga ila semakin dpt ketenangan dan kematangan dlm hal jodoh dan hal event nikah dia targetted on 4April2026 nnt. Semua itu rahsia Allah, dan sesungguhnya Allah Maha Baik, sayang Allah sgt sgt kan nora. 

Walaupun henry was unwell (sehigga terpaksa dirawat sekejap di bengkel Ampang Selangor semalam dan today pula perlu disambung rawat di bengkel mechanic Muhammad di Tmn Tasik Jaya ni), tapi still mampu rasa relax dan rasa Allah Maha Baik sgt sepanjang proses up-down emotion mcm roller coaster when been on the road w henry. Sedih mmg sedih bila soulmate car (henry) jatuh sakit lagi, tapi it s what it s, dan kat dunia ni mana ada yg permenant kan nora. Thus, kene ready aje, redah aje dan redha kan aje ye nora. 

Allah always ada jadi kerap zikir padaNya tau. Kerap juga selawat pada Rasulullah tau, jgn malas! Sangka yg baik2, dan self-love itu keperluan ok! We got this, inshaAllah.

Thursday, February 26, 2026

26 Feb 26

Salam diri,
Salam khamis, 26 Feb 26.
This date 26hb, amatlah mengimbau ek memory ttg previous month which was 26 Jan 26. Kenangan apabila pakar HTJ memaklumkan yg diri ini didiagnos latest by HTJ sebagai bipolar type 2. Walaupun by 15 Jan 26 sudah di-discharge oleh HTJ hahaha. 

Wow oh wow, what 26hb date kan. 

Dan today 26 Feb 26, akan makan meds semula utk mood stabiliser purposes with new dosages. The new dosages given masa f/up appt on 19 Feb rituh, tapi esok harinya 20 Feb jumaat malam was a traumatic event happened sebab tiba2 termuntah besar melalui tekak dan esophogus ini. Jadi diri ini stop consume those meds sbb rasa trauma termuntah besar dan rasa perut asyik kembung besar dan rasa mual sokmo. Wow oh wow.
 
Pengalaman termuntah itu amatlah sengsara ye utk diri ini, compared to cirit birit dan sakit perut mencucuk asbab period pain/sembelit/related-etc. Tetapi Allah izinkan utk melalui pengalaman x suka itu pada 20 Feb malam lepas, jadi kita sangka puncanya adalah mungkin:
1) dosages ubat2 yg lebih tinggi drpd kebiasaan from 26 Jan 26 onwards.
2) PMS & its associated hormonal factor sbb kemungkinn period projection would be by 25 Feb +- (sbb last month in jan was 25 Jan 2026 & previous in Dec 2025 also was on 25hb period).

Btw, this feb month punya period date was on 24 Feb 11am+-. Done bersahur sebelum subuhnya, then sakit perut dan mual masih ada sehingga checking kat toilet office bestie Najwa di level 40 T3, mmg ada period hehehe. Wow oh wow, but still within W4 of month, same as in Jan 2026 dan Dec 2025 kan.

Anyway, tapi x ape, today 26 Feb 26 diri ini akan resume semula consume those ubat given by pakar HTJ. We trust the pakar and try again w courage dgn ofc w lafaz basmallah selalu tau :). In case termuntah lagi nnt mlm today, rasanya lebih baik kembali ke previous dosage till 12 March 2026 (iaitu next f/up appt date w HTJ). But in case would be okay aje reaction nnt, diri ini akan go on aje la deh sampai 12 March 2026. 

Apa2 pun, mesti talk to Allah first sebelum do anything tau. Minx petunjuk Allah sambil selawat or zikir. Ready, Redha dan Redah aje deh. We got this, in sha Allah.

Wednesday, February 18, 2026

18 Feb 2026 Maghrb - Ramadhan Tiba

Salam Nora binti Ismail,
Salam maghrib, wei dah masuk official bulan ramadhan starting this waktu yeayyy.
Suka suka, alhamdulillah.
Alhamdulillah Allah bagi nikmat utk rasa kembali dlm bulan mulia ni kan.
Target utk this year 2026 ramadhan adalah mahu mencipta byk memori2 sihat dan seronok bersama2 circle.
Sbb last ramadhan 2025, i still cannot recall apa2 yg terjadi. 

Cuma yg masih boleh recall adalah video content masakan tak jadi by Khairul Aming punya anak2 murid di medsos tiktok.
Itu aje yg boleh ingat utk tahun lepas 2025 punya ramadhan month.
So doa2 Allah izinkan utk ada kuat memory sepanjang bulan ramadhan 2026 ni, aminn aminn. Nanti boleh recall di kemudian months in 2026 then ke next year 2027 ke kan.

Serious talk, mmg tahun lepas 2025 dari bulan ramadhan then raya, mmg in deep depression phase. Bila by end on may 2025 tuh, baru ade kekuatan diri utk explore aktiviti berenang di outdoor. But sebelum tuh, mmg stay at home aje kan 24/7, x berbuka sama dgn family kat 181 dan x beraya syawal sama dgn family juga tahun lepas 2025.
Wow, tacooddd bila mengenangkan those months sampai everytime akan ckp dgn diri “Ye ke aku did that? Damn!”

And so, tahun ni, kene doa2 byk pada Allah supaya diri ini diizinkanNya utk jadi bermanfaat di bulan mulia ini.
Also kene byk istighfar tau nora binti ismail, byk2 sebut astaghfirullhalazim tau. Plus selawat jgn lupa tau, daily kene buat tau. 

Kita kene sayang diri dgn bykkn zikir dan selawat. Dan cuba amalkan baca yassin setiap malam utk diniatkan pada diri sendiri dan abah mama. Sambil2 baca yassin tuh, kene juga normalisekan dan familiarizekan dgn terjemahan yassin. 

Kita dah 36 tahun dah, so mmg perlu kene next level punya goal utk beriman dgn Quran ni tau. Surah yassin ni totalnya 83 ayat, dan ayat2 nye quite pendek2 dari satu ke next ayat, and so senang sket utk hafal juga. Kita kene hafal tau yassin ni time bulan mulia ni tau nora binti ismail. We can do this, dengan izin Allah. Doa2 Allah izinkan kan, aminn aminn. 

Esok 19 Feb, plan mau sahur kat 181. We see how hahaha. Dan esok juga ada f/up appt w HTJ utk keadaan bipolar type 2 nih. Doa2 doktor bagi MC 2 hari heheheh aminn aminn. So esok mau update doktor yang:
5 feb to 7 feb : 
mood agak yo-yo (meeting w doktor panel on 7 feb), but still rasa alhamdulillah sbb x rasa down sgt & x rasa kosong sgt apa2. Selera ada dan makan kerap.

8 feb to 13 feb :
mood masih yo-yo (lunch together w good friends, rasa penat badan & emosi yg ketara jadi had to wfh for few days, tiba2 menangis di ofis ketika tgh dlm group discussion (punca: unknown), self-isolation di surah ofis sambil buat kerja, rasa annoying to others mmg ada walaupun x bersebab tapi rasanya itu normal aje deh), but still alhamdulillah sbb masih dpt be there & present. Good job nora binti ismail.

14 feb to 19 feb : 
mood seronok, alhamdulillah. Walaupun kerja ofis masih x siap2 dan asyik teringat dalam kepala (even at Ella’s concert on 14 Feb tuh still masih teringat2), tapi rasa wtv utk itu kerja heheheh. But still, even kita wtv kan, kita tetap cuba buat ok kerja2 tuh dalam public holiday CNY on 17 feb dan 18 feb tau. Sambil2 tgk ships between QueFaz dan juga BASS di tiktok, sambil2 tuh dpt extra hormon gembira dan juga adrenaline utk cuba progresskan kerja2. Suka suka mereka punya ship wei, tersenyum2 dan menjerit kecil keseronokan tau bila tgk content2 kat titktok, heheheh alhamdulillah seronok2 jiwa raga diri ini ye. Terima kasih ya Allah. And so, kene sambung progress ye nora binti ismail, baby steps so pasti nnt akan dpt siap those kerja ofis tau. Jgn malas sgt tuh, we have to sbb company dah byr gaji kan. So just do it tau! 

So nora binti ismail, nanti target sejam 2 tau utk laptop work pada mlm ni, then tidur pastu bangun utk solat2 sunat kemudian siap2 ke 181 utk sahur together. 
We got this. Jgn tangguh2 sgt dah ye. Next week dah kene present to supervisers kan, so dont shame on us ok. Kita ada water face kene uphold 24/7, gitewwwww slayyy as always.

Take care ye diri, Allah ada. Talk to Him ok.

Friday, February 13, 2026

9hb 10hb 11hb 12hb 13hb 14hb Feb 2026

Dear diri,
Salam Junaat.
Today jumaat, 13hb dan esok sabtu is gonna be konsert Ella! Cant wait! Ella rasaaa (berckp dgn nada Ella), pasti akan best, dgn izinNya yezzaaaz. 
So hopefully, tenaga x cepat draining dan mood x kerap gloomy supaya diri dan everyone (akak, kak ami, izza) boleh ada good memory esok 14hb feb 2026. Serius suka Ella, suka sgt her personality dan vibe. Dulu her concert kat Dewan Philaphonic, tp x ingat bila that date huhu. But overall result dan vibe utk concert yg itu amatlah best ye memorynya, alhamdulillah alhamdulillah.

Doa2 esok pun akan baik2 shj, aminn aminn. Ya Allah, permudahkanlah ye ya Allah huhu syg Mu sgt2. Berkatilah dan lindungilah kami ketika mau ke sana, sudah berada di sana dan apabila sudah selesai konsert. Mohon bangat sama Mu ya Allah. Lagi2 aku makin self-concious ttg mood shift diri sendiri. 

Huhu ghisauuu dgn diri sendiri sbb masih dlm pelajaran utk self-knowing dan self-controlling. Since the past days till today, my mood dan condition as below:

9hb: 
Lunch date w bestie najwa, best sgt2 sbb dpt spill w her.
Tapi towards the end tuh rasa dah mula kosong dlm diri.
Then lunch date w laoshi christ and waktu tuh 80-20 dan rasa zone out byk dan ofc kosong inside sbb x rasa alive/seronok bila driving balik. 
But managed buat practise headstand kat rumah sewa dan rasa bangga dgn diri.

10hb:
Puasa sunata daud.
Tenaga makin depleting.
Microsleep byk kali on the road & sometimes cry dlm henry sbb hati touching here and there.
Start makan quetiapine malam tuh sbb assumption mau cuba tidur lebih elok sket for hours, then boleh la kot dpt stable mood esok.

11hb:
WFH tapi rasa sgt sleepy sgt. 
Masih hanpir microsleep apabila mahu ke htj jabatan rekod utk amek specialist report.
X geram sgt walaupun selalunya mmg akan mencarut mood, tapi walaupun kolam s2 tiba2 announce yg pool tutup sbb diorng mau maintenance, i was ok and wtv aje.
Then managed buat practise headstand kat rumah sewa.
X mau amek quetiapine sbb x mau in heavy mamai esoknya.

12hb:
Puasa sunat daud.
Tiba2 rasa seronok & alive gler bila bergosip dan spill the tea w kak leena dan bestie najwa.
Tapi selepas tuh, tiba2 menangis dari jam 12tgh+ till 2pm+, hati sgt touching dgn semuanye.
Microsleep masih ada tp x teruk mcm few days ago.
Took quetiapine (seroquel) pada waktu mlm utk tgk keadaan depresive utk esok akn pulih sket ataupun how.

13hb Today Jumaat:
WFH tapi keadaan mamai nye alahai AllauAkbar!
Rasa ngantuk dan mamai gler sehingga duha time.
Rasa komited utk bgun 4am+ utk bawa the dogs jalan pagi seperti rutin biasa, tapi rasa sgt heavy mamai dan asyik tutup mata ketika berjalan.
X mampu bangun utk solat subuh so kene qada’.
Mlm ni x makan kot quratiapine apa2 supaya esok dgn niat utk x rasa mamai dan utk rasa bdn fizikal lebih alert dgn keadaan.
Wanted to do headstand practises tapi fizikal rasa lemah dan masih rasa mamai rn.

So yeah, it is ok. All is well ya nora.
Keep talkin w Allah, zikir dan selawat ok. 
Allah knows best kan, so trusting Allah is always 24/7 true. 

Sunday, February 8, 2026

Mood Tracking From 4Feb2026 till 8Feb2026

Dear Nora,
Salam ahad. Nora,

Marilah kita start buat mood tracking (MOODY ke atau GOOD MOOD ke, ataupun NEUTRAL MOOD ke) from 4Feb to today 8Feb:- 

4Feb Rabu =
MOODY all day due (tapi so-so aje feeling sbb x rasa mahu harm or menejerit kuat pada any living things ke apa) due to triggering factors of
1) kene sidai dgn doktor pakar htj (8am+, 11.30am, 2.30pm) so kene go-foth, sbb she got urusan lagi urgent to attend.

2) wifi maxis tiba2 mau malfunction 100% terus dan x boleh betulkan apa2. Jadi kene g senawang maxis utk consultation etc. The staffs baik aje orgnya tp energy diorng amatlah yakin diri dan bertenaga, which made diri sendiri rasa annoying w situasi semasa.

3) battery henry tiba2 mau ‘kong’ then finally ‘kong’ at 181, jadi perlu mulakan pencarian utk org bateriku.com dtg pada waktu mlm amatlah serabut.

4) sgt sgt happy bila dpt buka puasa dkt 181 dan dpt makan ice cream nyum nyum, happy happy.

5) sgt sgt annoying dgn diri sbb x dpt lawan craving selera mkn byk haishhhh.

6) sgt sgt annoying dgn diri sbb x dpt lawan hantu dlm mimpi, sbb abah kejutkan oya drpd tidur mengigau.

7) izza tidur s2 dgn oya, happy bila tgk bilik tuh ada org, baru betul vibe in the house gituh.


5Feb Khamis =
GOOD MOOD sbb dapat berjalan kaki dari rumah sewa s2 ke kompleks sukan (go-forth), dpt swimming dgn lebih confident, dpt bagi ayam2 basah pada few dogs kat area kedai makan inter-tomyam dan 99 speedmart.


6Feb Jumaat =
MOODY all day semula (tapi so-so aje intensity) atas asbab entahlah. Mcm x ada apa2 suprises or unepextected ujian hidup hari tuh, malah dpt balik henry dlm keadaan yg sihat. 


7Feb Sabtu = 
Same as 6Feb Jumaat, kot rasanya. Oh lupa, kene jumpa Dr. Shireen kat Klinik Tan Seremban from 9am. It was a good & detailed session, tapi mood MOODY itu ada until bila lunch hour dah GOOD MOOD sampai ke ptg sbb dpt makan nasi kandar Liga Maju S2, nyumm nyumm sedap sedap suka suka.


8Feb Ahad = 
GOOD MOOD sbb dpt morning walk w mama dan mama pun suka w this weekend rutin, dpt practise headstand dgn lebih confident, dpt tidur time zohor sekejap, dan juga dpt makan nasi kandar lagi uk bukak puasa yeahhh. Suka suka. 


Hopefully esok dan sampai konsert ella on 14Feb sabtu nnt akan mood neutral ataupun good mood shj. Doa2 agar Allah izinkan heheh. Allah Maha Baik muahhh. In case dpt, alhamdulillah.
Tapi in case x dpt mood seperti yg dirancangkan ni, pun alhamdulillah sgt2. Sbb semua ni adalah protection by Allah, dan semestinya kita nora 100% perlukan blessing from Allah 24/7. 
So kene rajin doa2 yg baik tau nora. Jgn jadi hamba yg sombong bodoh ujub etc tau. Kau ikut perangai setan iblis, mmg kene dgn kitorng ni tau! Selalu tau selawat, zikir dan baca Quran tau. Solat dhuha pun dah lama x buat kan haishhh nora nora.

Stay focused! We got this! 
Stay delulu! Delulu is Solulu, always :)



Sunday, February 1, 2026

Lithium Carbonate 300mg Tab & Sodium Valproate 200mg Tab

Salam nora,

Hari ni 1 feb 2026 dah. Alhamdulillah feeling makin better dan alive, alhamdulillah. Thanks ya Allah, Allah Maha Baik kan. Siang tadi done makan ubat bipolar utk mood stable dan utk control maniac episodes to happen:

- Lithium carbonate 300mg tablet pill

- Sodium valproate 200mg tablet pill

Makan ikut quantity pakar (dr zarina from htj seremban) dah tentukan. Mmg disiplin kan nora ikut dan comply ckp pakar tuh since 26 Jan 2026 monday rituh. Cuma bila malam, akan add on makan pill quetiapine (seroquel) setengah biji nightly. Cumanya tonight, mau derhaka sket hahaha dgn:

1. X mau makan quetiapine tuh sbb mahu stay up buat laptop work tonight (esok target to email out).

2. Done makan ritalin 10mg tab tadi 3ptg sekali satu pill dan at 8pm tadi pun amek 1 pill lagi ritalin 10mg tab, utk lebih fokus dan produktif dalam menguruskan rumah sewa ni dan utk lebih resultable at the end of planning punya ending. Yg penting, dgn izin Allah, this med kan mmg proven utk bagi effect dgn mnjd enabler utk single or priority focus within 4 hours duration tanpa rasa bising dlm kepala ni yg menyebabkan ke sana ke mari fokus merata2 tpt mcm semalam punya cerita. Haihh penat wei semalam bila cubaan utk tidy this home tapi produktiviti hny dpt bersih dlm 10% shj, selebihnya mmg x fokus ye!

3. X mau rest macam saranan berulang-kali pakar masa 26 Jan 2026 rituh. Pakar nasihat dan tekankan statement “rehat tau, kene rest ye” berulang-kali telah masuk dlm telinga ni pada hari tuh tapi today mmg pilih x mau rest mcm kebiasaan bed rotting dan scrolling phone shj. Sebabnya utk cuba tgk variable of fizikal badan penat boleh membantu dlm mendiamkan system badan dan otak secara natural or tidak?. Target by 12am-ish or 1am utk test this theory created by nora hehehehe. Plus mahu test theory lain adakah bila badan naturally penat tanpa bantuan quaetiapine utk tidur tanpa any heavy dreams?. Why not kan, fun ape experimentasi seebeginih sekali sekala. Lagipun agak draining bila every night dlm heavy dreams. Ni semua mainan setan, kurang ajerrr itu mahkluk neraka! Dlm tidur pun mau disturb disturb, ciss bedebah, mak kau hijau!

Anyways,  it is totally fine sbb Allah ada. Allah Maha Baik dan Maha Pemberi Rahmat serta Kasih Sayang. Sayang sgt2 Allah dan Rasulullah. Doa2 nora dan circle kita semua sentiasa dipermudahkan dan diberkati urusan masing2 oleh Allah, dan nnt akhirat akan dpt syafaat Rasulullah dgn so easy peasy (atas izin Allah), aminn aminn. 

So, ok nora. We got this tau, even kita dah start tracking and more self-concius ttg our bipolar pattern graph tuh semua, we always can go thru this in slayy and bermanfaat way. Like we alwyas did in the past. So, just never give up ok nora! Love you tau, love us. 

Monday, January 19, 2026

Minta Maaf Pada Izzati

Salam nora,
Salam isnin, slmt pg.
X terlambat utk ucapkan HNY 2026 ye, and this year is kuda year based on chinese punya calendar.
Since semangat kuda tuh inside the soul throughout 2026 ni, jadi perlu terus bergerak dan berlari strong utk target azam tahun ni seperti:

1. Headstand
2. Lari 10km (at least 2x events) within 2 hours or below
3. Handstand
4. Swimming skills more solid
5. Saving money utk umrah 2027 
6. Saving money utk nikah
7. Byr hutang kad kredit cimb sehingga rm10k status and below
8. Berat badan 58kg status and below

And so, utk item 8 above tuh, alhamdulillah dah achieved sbb masa attending psy appt dekat HTJ on 15 Jan rituh, the berat was 58kg bila ditimbang. Alhamdulillah, meaning it is achievable dan boleh dibuat. 

Also, alhamdulillah on 15 Jan rituh juga, managed to honest w doctor sana utk quit from their treatment supaya hanya mahu focus utk Dr Najib’s treatment from Mind Matters in PJ Selangor using company’s AIA medical insurance. It was good feeling and so much relieved bila dpt sampaikan hasrat tuh pada doctor HTJ. 
Alhamdulillah, dipermudahkan dan they agreed to discharge me from the filing. So it means, hari tuh adalah my bye-bye day w HTJ. It was a bit sad per say but lega byk sbb inside out, diri ini dah makin berani utk take control semula tanpa multiple healing alternatives in hands. Good job nora, we are going forward ya with demure and ofc courage. 

Alhamdulillah juga sgt2, as today 19 Jan 2026, permulaan bulan syaaban, oya managed to turunkan ego dan ubah rutin diri which:
1. Parking at KL Convec instead of at AvenueK
2. Solat subuh di office instead of di PETRONAS station minyak after tol sungai besi
3. Minta maaf pada izzati, my adik bongsu yang nampak kuat luaran tapi hati dalaman byk tmn bunga diselaputi dgn tisu2 lembut

Wow, great job nora! Really proud of us kan. Alhamdulillah Allah jentik, support, dan permudahkan diri ini utk ke arah kebaikan. Terima kasih ya Allah, I love You hehehe.

Doa2 dan terus doa agar diri ini makin sentiasa bersyukur di kala senang mahupun sedih. Semua saat kehidupan perlu rasa humble dan perlu rasa mahu terus berbuat baik more than berbuat jahat. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini ye 24/7, berserta my all circles ye ya Allah. I am at Your Mercy, always. Janganlah tinggalkan aku dan benci aku ye Ya Allah. Aku hanya ada Kau 24/7 huhu. 

So yoshhhh nora, terus doa yg baik2, zikir dan selawat kerap setiap hari. We got this. Apa2 yg berlaku lepas, tahun 2025 (tahun sakit then Prolonged Illness (PI) Leave with pencarian diri dan healing journey), amek pengajaran dan jadikan iktibar sempadan for tahun 2026 ni. Kita cuba ye, we got this. We love us.