Tuesday, May 26, 2026

Doa2 Sempena Hari Arafah Tahun2026 Ini

Salam Nora binti Ismail,
Salam Hari Arafah. Asar nnt sehinnga tgh mlm ni adalah waktu arafah utk negara malaysia dan sewaktu dgnnya. Jadi digalakkan utk tamak dalam berdoa pada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Why not kan doa byk sebyk byk nye dekat Allah kan. 

And so, my doa list antaranya seperti di bawah hehehe:-

1. Ya Allah, semoga aku bebas hutang bank secepatnya dan x akan dah terikat dgn apa2 hutang dgn apa2 bank dah sehingga maut menjemputku. Free free freedom from bank yezzaa, can’t wait so harap sgt boleh kan ya Allah.

2. Ya Allah, semoga aku x pernah ada issue dgn cashflow at all dan semoga rezeki duit teramatlah lancar dan teramatlah cukup sepanjang hayatku di muka bumiMu ini ya Allah, supaya boleh bayar hutang mama one-off (termasuk bahagian siblings yang lain2) dan kemudian boleh mampu jaga diri berserta anak2 bulus tanpa susahkan orang sekitar at all.

3. Ya Allah, mohon berikanlah hidayahMu sentiasa utk jiwa ini suka dan rajin bersedekah dgn tulus ikhlas pada makhluk2Mu yg memerlukan.

4. Ya Allah, mohon berikanlah petunjukMu sentiasa utk hati dan fikiran ini supaya memilih ke arah jalan2 kebaikan dan jalan2 perlindunganMu shj.

5. Ya Allah, izinkanlah aku dipertemukan dan dicintai oleh jodoh a.k.a soulmate yg so greenflag, green forest, patuh syariah dan ofc good looking plus tinggi.

6. Ya Allah, mohon tutupkanlah hatiku pada soal jodoh dan alam perkahwinan selagi aku diri sendiri masih x mampu dan x bersedia utk menempuhinya supaya aku tidak menzalimi hambaMu yg lain2 (soulmate berserta his circles) itu. 

7. Ya Allah, mohon izinMu dan kuasaMu untuk gerakkan kerajinanku dan usaha2ku dalam meng- improvekan lifestyle hidupku ini setiap hari supaya menjadi lebih pengemas, lebih pembersih, lebih fit, lebih sporty, lebih positif yet berhati2 dgn keadaan, lebih bermanfaat, lebih sayangi diri dan lebih hargai diri. 

8. Ya Allah, semoga berat badanku dapat +-55kg dengan fitness yang mantap secara konsistent sehingga matiku. 

9. Ya Allah, aku berdoa sgt2 agar dpt belanja pakej umrah yg selesa pada abah dan mama selagi mereka masih dalam keadaan sihat tubuh badan dan fit. Dan juga aku berdoa agar sepanjang kami di tanah haram sana, segala urusan hidupku di rumah seremban malaysia tidak akan susahkan sesiapa dan aku mampu byr service penjagaan rumah beserta anak2 bulus tanpa menyinggung perasaan sesiapa. 

10. Ya Allah, tolonglah selalu letaklah aku dalam circle yg baik2 hatinya dan fikirannya.

11. Ya Allah, aku mahu orang2 sentiasa melihat wajahku sentiasa bercahaya dan rasa senang bila berurusan dgnku. 
12. Ya Allah, aku mahu selalu senyum (tanda amalan sedekah niat keranaMu) dan juga mahu selalu rasa tawakal jua berserah padaMu 24/7 ya Allah, ketika dalam keadaan sedang diuji dan juga dalam keadaan senang hati.

13. Ya Allah, mohon sgt sgt agar aku sentiasa dalam ampunanMu ya Allah, aminn aminn aminn. 

14. Ya Allah, mohon select-lah aku utk menjadi antara hambaMu yg rajin selawat, berzikir dan astaga dengan hati yg tulus niat keranaMu.

15. Ya Allah, mohon select-lah diri ini dan my circles (terutama abah dan mama) utk dpt mati dlm husnul khotimah dan dpt happy ending ever after di alam2 seterusnya sehingga sgt sgt senang dpt masuk ke dlm syurgaMu.

Aminn aminn aminn ya Allah hehehe. Nanti akan ratib semua nih bila waktunya. Allah Maha Baik. Sayang Allah dan Rasulullah SAW.